Siaran khas 'Rukun Negara Hour' di Bernama TV dan Bernama Radio, Rabu ini

14/09/2020 06:12 PM

KUALA LUMPUR, 14 Sept -- Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara akan mengadakan siaran khas ‘Rukun Negara Hour’ di Bernama TV dan Bernama Radio pada hari Rabu ini.

Siaran khas selama dua jam, bermula pukul 9.00 pagi itu diadakan bagi menyemarakkan Sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara dan memantapkan penghayatan falsafah negara dalam kalangan rakyat Malaysia, selain bagi meraikan Hari Malaysia yang disambut pada 16 Sept.

Ia akan disiarkan secara langsung, menampilkan pelbagai perkongsian menarik tetamu jemputan, antaranya penerbit dan pengarah terkenal Datuk Rosyam Nor serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye.

Selain itu, Ketua Setiausaha KKMM Datuk Suriani Ahmad juga dijangka meluangkan masa bersiaran menerusi Skype bagi berkongsi aktiviti dan kempen dilaksanakan kementerian sepanjang Sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara. 

Penonton juga bakal dihiburkan dengan persembahan menarik daripada artis terkenal tanah air, Ernie Zakri dan Naim Daniel. 

Orang ramai juga berpeluang memenangi hadiah menarik dengan berkongsi pengertian Rukun Negara menerusi foto, video atau kisah patriotik di Facebook, Twitter atau Instagram dengan tanda pagar #RukunNegaraHour, dalam tempoh siaran khas dua jam itu. 

Sekiranya terpilih sebagai pemenang, peserta bakal menerima hadiah menarik seperti set gelang PANDORA, baucar tunai di Royal Belum Resort tajaan Emkay dan baucar serta barangan tajaan Shopee. 

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan