Lahirnya Rukun Negara

Mekarnya Malaysia sebagai negara bertuah dan makmur adalah bersandarkan kebijaksanaan para pemimpin terdahulu mengekalkan institusi Raja-Raja Melayu, dengan inovasi semasa, iaitu Raja Berperlembagaan dalam sistem demokrasi berparlimen.
Satu daripada peranan Yang di-Pertuan Agong ialah sebagai payung perpaduan rakyat.
Sejarah perpaduan kita tercemar dengan rusuhan di Kuala Lumpur yang mengorbankan 196 nyawa pada 13 Mei 1969. Sebelum ia merebak, kerajaan telah segera mengambil tindakan mengawal ketenteraman awam dengan mengisytiharkan darurat.
Parlimen telah digantung dan pemerintahan negara ditadbir oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang diketuai Tun Abdul Razak Hussein. MAGERAN telah bertindak pantas dan cemerlang.

Pendahuluan Rukun Negara

Pendahuluan Rukun Negara, iaitu, bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya:
  • Memelihara satu cara hidup demokratik;
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
  • Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
Hasilnya, beberapa dasar baru telah dilancarkan. Bagi ekonomi, dilancarkan Dasar Ekonomi Baru. Manakala bagi perpaduan, dilancarkan Rukun Negara.

Lima Prinsip Rukun Negara

Kebanyakan daripada kita hafal lima prinsip Rukun Negara, iaitu:
  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

Pengisytiharan Rukun Negara

Rukun Negara telah diisytiharkan oleh KDYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong Tunku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin, di Kuala Lumpur, pada 31 Ogos 1970. Demikianlah, bagaimana dalam situasi yang genting, Yang di-Pertuan Agong telah menyelamatkan negara dengan cara memupuk kembali perpaduan dalam kalangan rakyat.
Pada 2020, genaplah 50 tahun usia Rukun Negara.

Lagu Rukun Negara

Nyanyian : Sulaiman Masri

Penaja

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan